Sunday, July 30, 2017

KETAM MASAK TAUCU

BAHAN BAHAN
4 ekor ketam sederhana besar yang telah dibersihkan dan dibelah dua.
sedikit garam
sedikit tepung jagung
sedikit kunyit serbuk
1 biji telur
satukan semua bahan  dan  goreng ketam hingga masak.

2 sb tauchu
1sb lada serbuk
1st serbuk kunyit
sedikit air limau
garam dan gula secukupnya
minyak masak untuk menumis secukupnya

BAHAN BAHAN DIHIRIS
1 batang serai
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
6 tangkai cili padi
2 helai daun limau

PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumis bahanyang telah dihiris tadi  hingga wangi. Masukkan lada serbuk dan sedikit air, tumis lagi hingga sebati.

Masukkan serbuk kunyit, air limau dan tauchu dan  kacau sehingga sebati. Campurkan garam dan gula.


Masukkan ketam dan gaul sehingga sebati. Hidang dan makan

No comments:

Post a Comment